Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 25, 2011

~Derma DARAH ada kesan?!~

Assalamualaikum..
ecah tergerak utk cari maklumat n post pasal derma darah nie cos ada kawan ecah takut ada kesan sampingan sebabnya slalu sangat ecah derma darah.. (baru 3 kali kot..xbanyak sgt.hehe..)

Menderma darah adalah perbuatan mulia dan menjadi sedekah yang tidak ternilai harganya. Sebenarnya sel darah merah dalam badan kita hanya bertahan antara 115 hingga 120 hari. Selepas tempoh ini, ia musnah dan digantikan dengan sel baru.


Jika didermakan, darah ini disimpan dalam peti dingin beku selama 42 hari. Jangan bimbang, darah yang didermakan itu pasti dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana sebelum tempoh ini berakhir, ia akan diberi kepada golongan memerlukan.


Kita tidak akan mengalami masalah kekurangan darah kerana secara semula jadi badan menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang musnah akibat ‘tua’ (selepas 120 hari). Didermakan atau tidak, darah berkenaan tetap akan musnah dalam badan kita, jadi lebih baik jika ia dapat digunakan sebaik-baiknya.


Malah, pendermaan darah juga sebenarnya merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan, membuatkan kita berasa lebih segar dan sihat.


Pada masa sama, kecekapan badan untuk menggunakan zat besi akan meningkat kerana ia diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah yang baru.


Secara tidak langsung, ia dapat membantu badan mengelak mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin.


Kesannya, penderma akan berasa lebih sihat dan segar. Rata-rata penderma mengakui mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka dapat menyelamatkan nyawa orang lain, tanpa mengira batasan umur, kaum dan agama.


Namun lebih penting, ia membolehkan seseorang mengetahui status kesihatan mereka kerana ujian akan dilakukan setiap kali darah didermakan (walaupun anda penderma tetap) bagi memastikan darah benar-benar selamat dan ‘bersih’.


Antara ujian yang dilakukan ialah ukuran tekanan dan pengenalan jenis darah, selain mengesan sama ada penderma mengalami masalah kesihatan lain. Jika ada, usah risau kerana ia dapat dikesan awal bagi membolehkan kita menerima rawatan sewajarnya.


Berapa banyak darah yang akan diambil? Tidak banyak, hanya satu unit iaitu antara 300 hingga 450 mililiter saja, bergantung kepada berat badan anda. Selepas menderma, anda akan diberikan pil zat besi dan asid filik bagi merangsang badan menghasilkan sel darah baru.


Penerima darah

Mungkin ada yang bertanya siapa akan menerima darah anda ini? Ramai. Antaranya ialah:

# Wanita yang tumpah darah ketika bersalin.
# Pesakit talasemia.
# Pesakit leukemia.
# Pesakit haemofilia.
# Individu yang mengalami masalah anemia.
# Mangsa kebakaran.
# Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah.
# Bayi yang perlu menjalani pertukaran darah.
# Mangsa demam denggi.


Sebenarnya, darah kita membabitkan beberapa komponen dan darah yang didermakan ini akan diasingkan mengikut komponen berkenaan iaitu darah merah, plasma, platelet, plasma beku segar, cryoprecipitate, cryosupernatant, faktor VIII dan IX.


Semua komponen ini mempunyai kegunaan masing-masing yang diperlukan individu berlainan.


Sel darah merah contohnya, digunakan untuk merawat pesakit talasemia, leukemia, orang yang kehilangan darah dan kekurangan darah (anemia).


Manakala plasma pula penting untuk merawat mangsa kebakaran dan kebanyakan kes kehilangan darah seperti ketika menjalani pembedahan.


Walaupun ada teknologi moden yang boleh menghasilkan bahan yang menggantikan beberapa komponen darah, sumber darah asli masih diperlukan kebanyakan pesakit.


Bagaimana pula dengan komponen lain? Pusat Darah Negara menghantar plasma beku ke Makmal Serum Commonwealth di Melbourne, Australia. Plasma ini akan menjalani proses pemecahan bagi menghasilkan faktor VIII, immunoglobulin dan albumin 20 peratus yang digunakan bagi merawat pesakit haemofilia, iaitu masalah darah lambat beku.


Jadi, tiada setitis pun darah anda akan terbuang sia-sia. Jadi, ambil peluang untuk menderma darah bagi menyelamatkan nyawa orang lain kerana giliran kita memerlukan darah mungkin tiba satu hari nanti.


Bagaimanapun, bukan semua orang layak menderma darah kerana anda perlu memiliki ciri seperti senarai di bawah iaitu:

# Berumur 18 hingga 65 tahun.
# Berat badan melebihi 45 kilogram.
# Tahap hemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
# Tidak menghidap penyakit kronik.
# Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
# Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
# Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.

Anda dilarang menderma darah buat sementara waktu jika:

# Demam.
# Berat badan kurang 45 kilogram.
# Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah.
# Tidur kurang lima jam.
# Minum minuman beralkohol kurang daripada 24 jam.
# Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.
# Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.
# Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.
# Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.

Paling penting, jangan menderma darah jika anda:
#Demam
# Berat badan kurang 45 kilogram.
# Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah.
# Tidur kurang lima jam.
# Minum minuman beralkohol kurang daripada 24 jam.
# Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.
# Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.
# Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.
# Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.
Paling penting, jangan menderma darah jika anda:
# Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.
# Pernah atau masih mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.
# Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).
# Pernah atau masih mengamalkan hubungan sejenis (homoseks) atau dengan kedua-dua jantina (biseksual).
# Mengambil dadah secara suntikan. atau tatu dalam masa setahun.
nie bukti !
sumber:copy hok org len jer nie.. hehe.. 

p/s: sekadar perkongsiaan..
ayuhlah menderma darah.. bantu mereka yg memerlukan..
tambah pahala n kurangkan dosa..


negeri paling best mne?

✿‧:﹎。❤ Assalamualaikum ❤‧:﹎。✿
 (jawab tuh..) 
haaa... thu x ecah org mana? hahahaha.. 
rmai dh teka clap..=P
AKU ANAK KEDAH k...
nk promot ckit ngeri aku nie..


Ni senarai tmpat2 yg menarik di kedah.. klu korang nak bercuti, aku syorkan korang pegi la kat tmpat2 yg aku senaraikan ni.. gerenti korang x nyesal klu melawat tempat2 ni... kedah the best!!!


1. Pekan Rabu  Bazaar . Aked termashur milik orang Melayu di Kedah. Terletak Dalam Pusat Bandaraya Alor Star.

2. Kota Kuala Kedah . Terletak di Muara Sungai Kedah. 10 km dari Alor Star.

3. Muzium Padi Gunung Keriang . Muzium padi yang terulung di dunia. Cantik , panaromic , Ilimiah , Muzium berputar bertaraf dunia"World Class Revolving Muzium". Besebelahan Kolam Renang SUKMA . Jarak 10 km dari Alor Star.


4. Gunung Jerai. Gunung tertinggi di Kedah. Di puncaknya ada resort, muzium perhutanan, air terjun. Boleh sampai ke puncak dengan kereta sendiri.

5. Tanjong Dawai bersebelahan dengan Pantai Merdeka . Terdapat banyak jualan hasilan laut. Pelbagai jenis ikan kering , belacan, sotong dan lain-lain
6. Jambatan Melengkung Kuala Kedah . Jambatan yang merentangi muara Sungai Kedah dan terletak di Pekan Kuala Kedah. Satu-satunya jambatan terunik di Kedah. 10 km dari Alor Star.

7. Pedu Lake Resort . Tempat percutian yang di kelilingi tasik. Berhampiran Ampangan Pedu (Pedu damp) sumber bekalan air bersihnegeri Kedah. Syurga pemancing & golf.

8. Muzium Negeri berhampiran Stadium Bola Sepak Darul Aman.


9. Muzium sejarah . Pameran & peragaan sejarah negeri dan Kerajaan Kedah


10.Air Terjun Bukit Hijau . Kawasan perkelahan dan mandi manda terbesar di Kedah.


11.Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam. Berhampiran Universiti Utara Malaysia. Terdapat Kedai Bebas Cukai dan Pekan DANOK Thailand.


12.Jeti Kuala Kedah. Terletak di Pelabuhan Kuala Kedah. Jeti ini adalah jeti tempat pelancung menaiki feri ke Langkawi.


13.Menara Telikom Alor Star. Menara yang tertinggi di Alor Star. Ada restoran berputar di atasnya. (Revolving Restaurant). DalamBandar Alor Star.


14.Muzium Akeologi Lembah Bujang. Muzium yang menunjukan sejarah awal kerajaan negeri Kedah dan kedatangan hindu di Negeri Kedah .



15.Pulau Langkawi. Macam-macam ada. Semuanya bertaraf dunia (worldclass). Seperti "Under Water World , akurium bertaraf dunia, Kereta Kabel ( Cable Car) Taman Buaya, Pantai Cenang, LapanganTerbang Antara Bangsa Langkawi, Lagenda Mahsuri dan lain- lain.


~JOM NYANYI JAPP~
mai cek oi mai cek mai
kita ke negeqhi Kedah
mai oi bagi qhamai
jamu nasik kawah c/0

naik kapai teqhebang
tuqhun kepala batayh
makan toksah bimbang
kami banyak beqhayh

ikut lebuhqhaya
teqhuih ke Kayu Hitam
jaga cek oi jaga
qheta meneqhu-neqhang
qheta meneqhu-meneqhang

mengkala mai kedah
singgah lah ke Pekan Qhabu
minum nira nipah
makan emping keqhabu

kot lah qhasanya penat
jom pi ke langkawi
langgah ayaq gamat
minumlah ayaq tongkat ali
langgah ayaq gamat
muka naik seqhi

Kedah sudahla maju
tak lagi macam lah dulu
qhumah seqheba baqhu
kenduri ada selalu

tengok sana sini
pembangunan seqhata negeqhi
ada mesin padi
ada kelang besi

melawak oqhang Kedah
jangan cepat teqhasa
toksah dok kesah
bekawan cepat meseqha 2x

ulangc/o

kot lah qhasanya penat
jom pi ke langkawi
langgah ayaq gamat
minumlah ayaq tongkat ali
langgah ayaq gamat
muka naik seqhi

Kedah sudahla maju
tak lagi macam lah dulu
qhumah seqheba baqhu
kenduri ada selalu

(faham x lirik lagu 2?)hahaahaa...

jomm pi KEDAH~~

Friday, April 22, 2011

motivasi DOSA??

haa.. Tahu Tak Motivasi DOSA?
ups..lupe lak.. Assalamualaikum,....
(jwb 2 k)
ecah terpanggil utk mnaip apa yang telah tertulis dalam majalah solusi isu 30/2011
dah tahu dah ramai yang xbeli majalah nie.. 
soo demi ilmu yang ecah rase ramai xtahu, gagahkan diri taip smua nie..
jemput baca.. TAK RUGI! ILMU nie..
"saya tidak akan hantar lagi anak remaja perempuan saya ke kem motivasi"
luah seorang ayah kepada saya
"Mengapa tuan?"
"itu semua motivasi dosa"
"Motivasi Dosa?"
"Ya. saya sangat menyesal sungguh kerana membenarkan dia menyertai kem motivasi itu"
Daripada kerut wajahnya saya dapat merasai kekecewaan dan penyesalannya. Saya sendiri memang mengenalinnya dan anak yang dimaksudkan itu. Mereka tinggal berhampiran dengan rumah saya. Mereka memang keluarga yang iltizam dengan Islam.
"Apa jadi pada anak tuan?"
"Tidak ada apa-apa. Tetapi mendengar laporannya, saya jadi marah."
"Kenapa?"
"Jurulatihnya orang Islam, fasilitatornya juga orang Islam dan pesertanya juga orang Islam tetapi cara mereka melatih benar-benar tidak Islamik."
"Mereka tidak menghormati waktu solat?"
"Itu salah satunya. Bagi mereka solat itu soal peribadi. Tidak termasuk dalam program latihan. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak menghormati waktu solat. Waktu solat dah masuk, tapi mereka masih mengarah peserta membuat pelbagai aktiviti."
Saya berfikir dalam diam. Saya sendiri pernah melihat bagaimana para remaja masih terkial-kial di dalam sungai dan kolam padahal waktu magrib sudah masuk.

Terserempak dengan mereka sewaktu mereka pulang. (Saya dalam perjalanan ke surau di resort yang sama), saya bertanya kepada kepada seorang remaja lelaki yang basah kuyup: "Ini kursus apa?"

Dia menjawab: " Ini kursus kepimpinan untuk menyelesaikan masalah sosial remaja."

Saya hairan, mampukah kursus semacam itu menyelesaikan masalah sosial? Saya sedih melihat remaja-remaja perempuan dengan baju basah menonjolkan lekuk-lekuk tubuh turut pulang dengan hilai ketawa.

Tiada Rasa Malu

Mata saya merenung bapa resah di hadapan saya. Saya bertanya lagi: "Apa lagi cerita anak tuan?"
"Mereka diarahkan bersampan lelaki dan perempuan. Setiap orang perlu terjun ke kolam untuk diselamatkan."
"Pakai jaket keselamatan?"
"Bukan itu yang saya risaukan tetapi pergaulan bebas antara remaja lelaki daqn remaja perempuan. Anak saya bertudung labuh.... Dia rimas dengan aktiviti macam tu. Tetapi ada kawan-kawannya yang lain ikut terpengaruh dan ikut sama dalam adegan berpegang-pegang, rangkul-merangkul dalam air itu. Kononnya untuk memantapkan lagi keyakinan sesama regu kerja." 
Saya diam. Teringat cerita seorang suri rumah yang bercerai dengan suaminya angkara hubungan terlarang yang berputik lewat program motivasi seperti itu. Saya masih ingat bagaimana deraian air mata seorang suami yang mengadu:
"Bang, isteri saya liar sejak pulang daripada program motivasi yang yang dianjurkan oleh pejabatnya."
"Kenapa boleh jadi macam tu?"
"Abang pun tahu apabila ada program naik bukit, seberang sungai, dan berjalan malam dalam hutan..."
"Saya rasa program macam tu tak salah," balas saya untuk lebih adil.
"Memang tak salah. Tetapi orang yang mengendalikannya mestilah berjiwa Islam dan berpegang kukuh dengan syariat. Dia  mesti mengawal agar tidak berlaku sentuh-menyentuh, berpegangan dan yang seumpama dengannya semasa aktiviti itu dilaksanakan."
"Jika kita pandai menjaga diri, insya-Allah. Setiap orang mesti mengawal diri."
"Bukan semua bang. Di pejabat, di universiti atau kolej masih ada yang malu-malu antara staf lelaki dan wanita ataupun antara siswa dan siswi, tetapi dalam program yang sebegitu, rasa malu itu dicairkan dan dirobek-robek atas nama keberanian, ketabahan dan kerjasama."
"Tetapi syaitan ada dimana-mana. Api dan minyak apabila didekatkan pasti terbakar!"

Berbaur mukadimah ZINA

 Kembali kepada perbualan saya dengan jiran saya tadi.
"Anak saya memang telah dididik dengan nilai-nilai Islam. Tetapi program tersebut memang mencabar nilai-nilai Islam."
"Nilai akhlak dan syariat barangkali?" saya cuba menjelaskan.
"Ya. Apabila memanjat bukit, lelaki perlu menarik tangan wanita atau menolak bahagian belakang badannya untuk sama-sama mendaki. Apabila sama-sama berendam di dalam air dan dalam keadaan rapat-rapat pula, macam-macam boleh terjadi. Setidak-tidaknya perbuatan itu boleh dikategorikan sebagai menghampiri zina."
Sebagai seorang yang memang terlibat dalam bidang yang sama dan sering berada di resort, hotel atau mana-mana lokasi tempat program latihan dijalankan, saya pernah menyaksikan bagaimana seorang wanita naik ke suatu tempat yang agak tinggi, ditutup matanya dan diminta menjatuhkan dirinya untuk disambut oleh rakan kumpulanya di bawah. Dan hampir separuh dari bakal menyambutnya itu lelaki! Bayangkan, jika isteri, anak atau adik perempuan kita diperlakukan begitu. Apakah kita tidak marah? Dimana sensitiviti kita sebagai lelaki muslim?

Sebuah hadis yang menceritakan tentang pelbagai jenis zina menerjah dalam ingatan. Betapa semua jenis zina; mata, telinga, kaki, fikiran dan hati ada dalam program "motivasi DOSA" itu. Malangnya, program seperti itu dianggap baik oleh ramai pihak.

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

"Awak jangan ekstrim sangat. Itu tidak ada kaitan dengan ransangan nafsu seks. Itu hanya latihan. Tolong bersikap profesional." Saya masih ingat kata-kata itulah yang pernah saya dengar daripada "Master Trainer."
"Saya tidak tahu apa makna profesional mengikut tafsiran awak. Tetapi bagi saya, jika ada elemen-elemen haram dan kemungkaran dalam program latian kita... itu tidak profesional."
Matlamat kita baik." Pintasnya.
"Matlamat tidak menghalalkan cara," tambah saya. 
 "Kenapa begitu anggapan awak? Awak agak prejudis."
"Tidak. Jika awak abaikan dan remehkan persoalan solat dalam program, jelas itu tidak betul."
"Kenapa? Solat soal peribadi. Ia tidak ada kaitan dengan program kami."
"Kita orang Islam. Solat mesti berkait dengan kita dalam apa jua tindakan kita."
Dia memandang ke tempat lain. Jelas dia tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan.
"Apa matlamat program latihan awak?"
"Kami diamanahkan untuk membina ketahanan dan jati diri remaja agar tidak terjebak dalam gejala sosial."
"Jadi sesuai sangatlah solat dengan matlamat program awak tu. Bukankankah Allah telah menegaskan dalam al-Quran bahawa solat mampu mencegah kemungkaran dan kejahatan?"
"Payah bercakap dengan golongan yang macam awak.... sikit-sikit kaitkan dengan Tuhan. kita ada rasional yang sesuai dengan realiti semasa. Modul latihan ini telah dikaji, dijalankan dan diperkukuhkan dengan pelbagai input. semua dari segi IQ, EQ, PQ, SQ dan lain-lain kecerdasan. Ini hasil kajian, bukan andaian."

Bebas Jangan Terbabas

Saya tersenyum. Elemen mungkar dalam sesetengah program latihan masa kini samalah seperti perbuatan membasuh najis dengan najis. Mereka ingin menghapuskan zina, tetapi aktiviti-aktiviti menghampiri zini sudah ada dalam segmen-segmen latihan mereka. Begitu juga dengan gejala sosial yang lain.

Akibatnya masalah asal tidak selesai, masalah baru pula yang timbul. Itu belum dikira lagi ceramah-ceramah yang berbaur lucah dan kotor. Kononnya untuk menghilangkan tekanan para peserta.
"Ceramah saya tidak ada langsung unsur perkauman. Saya cukup menjaga sensitiviti kaum-kaum." Begitulah yang pernah saya dengar penegasan daripada seorang kenalan. Namun, saya sendiri pernah mendengar ceramahnya. Masya Allah, penuh dengan gurauan lucah dan usikan yang boleh mendorong ke arah pergaulan bebas. Sepatutnya dia bukan sahaja sensitif tentang nilai-nilai bangsa tetapi paling utama ialah nilai-nilai agama.
Saya bersetuju dengan jiran saya bahawa ada program motivasi (tidak semua) boleh merosakkan lagi minda dan jiwa para peserta tidak kira remaja atau mereka yang telah bekerja. Walaupun begitu, ini tidaklah bermaksud bahawa program latihan hanya perlu ditunjangi oleh aktiviti-aktiviti zikir, qiamullail dan muhasabah diri secara jumud dan stereotaip.

Kekadang saya sendiri terkesima memikirkan betapa ramai antara kita yang inginkan kenaikan tetapi menolak kebenaran. Menolak kejahatan tetapi merangkul kebatilan. Padahal kebenaran itulah sumber segala kebaikan dan kebatilan itulah penjana segala kejahatan.

Islam itu dinamik, kreatif dan produktif. Kita boleh sahaja lebih inovatif dan kreatif dengan pelbagai pendekatan. Panjatlah gunung, berenanglah di sungai, redahlah belantara, namun akhidah, syariat dan akhlak wajib dijaga. Bebas tetapi jangan terbabas!



p/s: sekadar perkongsian..
              :kurangkan dosa, tmbahkan phala.. renung-renungkan... Zass~~ 

Wednesday, April 20, 2011

Allah Sentiasa Bersama Kita

╔♫═╗╔╗ ♥
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═✘? +♥♥♥♥+

♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥
♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

.......~*~*~*~...... Ku temukan Engkau di setiap Tahajudku ......~*~*~*~......

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

_¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘♥_♥’

INGAT & LUPA

Assalamualaikum
tahu tak?

ada 2 benda kita kena ingat..
dan 2 benda kita kena lupakan


1. ingat kebaikan org pd kita n lupakan kebaikan kita pd org..
2. ingat kesalahan kita pd org n lupakan kesalahan org pd kita..




INGAT & LUPA..
p/s: kurangkan dosa n tambahkan phala
renungan utk diri n para sahabat.. 
renung2kan.. slamat beramal...Zass~~

must read~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...