Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 25, 2011

~Derma DARAH ada kesan?!~

Assalamualaikum..
ecah tergerak utk cari maklumat n post pasal derma darah nie cos ada kawan ecah takut ada kesan sampingan sebabnya slalu sangat ecah derma darah.. (baru 3 kali kot..xbanyak sgt.hehe..)

Menderma darah adalah perbuatan mulia dan menjadi sedekah yang tidak ternilai harganya. Sebenarnya sel darah merah dalam badan kita hanya bertahan antara 115 hingga 120 hari. Selepas tempoh ini, ia musnah dan digantikan dengan sel baru.


Jika didermakan, darah ini disimpan dalam peti dingin beku selama 42 hari. Jangan bimbang, darah yang didermakan itu pasti dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana sebelum tempoh ini berakhir, ia akan diberi kepada golongan memerlukan.


Kita tidak akan mengalami masalah kekurangan darah kerana secara semula jadi badan menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang musnah akibat ‘tua’ (selepas 120 hari). Didermakan atau tidak, darah berkenaan tetap akan musnah dalam badan kita, jadi lebih baik jika ia dapat digunakan sebaik-baiknya.


Malah, pendermaan darah juga sebenarnya merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan, membuatkan kita berasa lebih segar dan sihat.


Pada masa sama, kecekapan badan untuk menggunakan zat besi akan meningkat kerana ia diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah yang baru.


Secara tidak langsung, ia dapat membantu badan mengelak mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin.


Kesannya, penderma akan berasa lebih sihat dan segar. Rata-rata penderma mengakui mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka dapat menyelamatkan nyawa orang lain, tanpa mengira batasan umur, kaum dan agama.


Namun lebih penting, ia membolehkan seseorang mengetahui status kesihatan mereka kerana ujian akan dilakukan setiap kali darah didermakan (walaupun anda penderma tetap) bagi memastikan darah benar-benar selamat dan ‘bersih’.


Antara ujian yang dilakukan ialah ukuran tekanan dan pengenalan jenis darah, selain mengesan sama ada penderma mengalami masalah kesihatan lain. Jika ada, usah risau kerana ia dapat dikesan awal bagi membolehkan kita menerima rawatan sewajarnya.


Berapa banyak darah yang akan diambil? Tidak banyak, hanya satu unit iaitu antara 300 hingga 450 mililiter saja, bergantung kepada berat badan anda. Selepas menderma, anda akan diberikan pil zat besi dan asid filik bagi merangsang badan menghasilkan sel darah baru.


Penerima darah

Mungkin ada yang bertanya siapa akan menerima darah anda ini? Ramai. Antaranya ialah:

# Wanita yang tumpah darah ketika bersalin.
# Pesakit talasemia.
# Pesakit leukemia.
# Pesakit haemofilia.
# Individu yang mengalami masalah anemia.
# Mangsa kebakaran.
# Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah.
# Bayi yang perlu menjalani pertukaran darah.
# Mangsa demam denggi.


Sebenarnya, darah kita membabitkan beberapa komponen dan darah yang didermakan ini akan diasingkan mengikut komponen berkenaan iaitu darah merah, plasma, platelet, plasma beku segar, cryoprecipitate, cryosupernatant, faktor VIII dan IX.


Semua komponen ini mempunyai kegunaan masing-masing yang diperlukan individu berlainan.


Sel darah merah contohnya, digunakan untuk merawat pesakit talasemia, leukemia, orang yang kehilangan darah dan kekurangan darah (anemia).


Manakala plasma pula penting untuk merawat mangsa kebakaran dan kebanyakan kes kehilangan darah seperti ketika menjalani pembedahan.


Walaupun ada teknologi moden yang boleh menghasilkan bahan yang menggantikan beberapa komponen darah, sumber darah asli masih diperlukan kebanyakan pesakit.


Bagaimana pula dengan komponen lain? Pusat Darah Negara menghantar plasma beku ke Makmal Serum Commonwealth di Melbourne, Australia. Plasma ini akan menjalani proses pemecahan bagi menghasilkan faktor VIII, immunoglobulin dan albumin 20 peratus yang digunakan bagi merawat pesakit haemofilia, iaitu masalah darah lambat beku.


Jadi, tiada setitis pun darah anda akan terbuang sia-sia. Jadi, ambil peluang untuk menderma darah bagi menyelamatkan nyawa orang lain kerana giliran kita memerlukan darah mungkin tiba satu hari nanti.


Bagaimanapun, bukan semua orang layak menderma darah kerana anda perlu memiliki ciri seperti senarai di bawah iaitu:

# Berumur 18 hingga 65 tahun.
# Berat badan melebihi 45 kilogram.
# Tahap hemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
# Tidak menghidap penyakit kronik.
# Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
# Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
# Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.

Anda dilarang menderma darah buat sementara waktu jika:

# Demam.
# Berat badan kurang 45 kilogram.
# Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah.
# Tidur kurang lima jam.
# Minum minuman beralkohol kurang daripada 24 jam.
# Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.
# Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.
# Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.
# Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.

Paling penting, jangan menderma darah jika anda:
#Demam
# Berat badan kurang 45 kilogram.
# Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah.
# Tidur kurang lima jam.
# Minum minuman beralkohol kurang daripada 24 jam.
# Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.
# Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.
# Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.
# Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.
Paling penting, jangan menderma darah jika anda:
# Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.
# Pernah atau masih mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.
# Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).
# Pernah atau masih mengamalkan hubungan sejenis (homoseks) atau dengan kedua-dua jantina (biseksual).
# Mengambil dadah secara suntikan. atau tatu dalam masa setahun.
nie bukti !
sumber:copy hok org len jer nie.. hehe.. 

p/s: sekadar perkongsiaan..
ayuhlah menderma darah.. bantu mereka yg memerlukan..
tambah pahala n kurangkan dosa..


27 comments:

  1. artikel yang menarik..
    saje jalan2 mencari maklumat
    baru je menderma darah sekarang terasa cepat letih rasanya bukan kesan sampingan dari menderma darah,sebab ini bukan kali pertama menderma.

    ReplyDelete
  2. hehe..tq2.. biasa la kalu cpt letih 2.. ecah pon camtu..tp nty ok balik..^^ dah bape kali dah faaz derma drh?

    ReplyDelete
  3. company ada buat aktiviti menderma darah next week...niat di hati mmg dah lama nak menderma darah..tp xberkesempatan....dlm masa yg sama rs takut pun ada....normal ker apa yang saya rasa ni....

    ReplyDelete
  4. nak tanya, kalau derma darah tapi berat tak cukup 45 kg, ada kesan tak?..masa sy derma darah ari tu cun2x 01/04/2015, berat badan sy xcukup 45kg, tp sy masi d benarkan tuk derma darah..tp dlm bulan ni je(bulan april), haid sy xnormal mcm biasa...means, xmengalir lancar macam biasa mcm sebelum tu...risau...

    ReplyDelete
  5. Mama skrang berusia 41 thn...bermula tahun 2008 menjadi penderma darah...sekadar berkongsi... Pada tahun 2006 mama bersalin ank ketiga melalui kaedah pembedahan... Selepas pembedahan tahap hemoglobin dlm darah turun mendadak.... Mama byk kehilangan darah....mama perlukan darah... Alhamdulilah darah jenis O+ mencukupi dlm simpanan hospital tersebut.... Sejak dari peristiwa tersebut mama tekad dlm hati nk jdi penderma darah...mama seru pada semua jgn takut dan fikirlh secara positif hari ini kita sihat siapa tahu di kemudian hari mungkin kita juga perlukan darah.... Jom ramai2 jdi PENDERMA DARAH....

    ReplyDelete
  6. Mama skrang berusia 41 thn...bermula tahun 2008 menjadi penderma darah...sekadar berkongsi... Pada tahun 2006 mama bersalin ank ketiga melalui kaedah pembedahan... Selepas pembedahan tahap hemoglobin dlm darah turun mendadak.... Mama byk kehilangan darah....mama perlukan darah... Alhamdulilah darah jenis O+ mencukupi dlm simpanan hospital tersebut.... Sejak dari peristiwa tersebut mama tekad dlm hati nk jdi penderma darah...mama seru pada semua jgn takut dan fikirlh secara positif hari ini kita sihat siapa tahu di kemudian hari mungkin kita juga perlukan darah.... Jom ramai2 jdi PENDERMA DARAH....

    ReplyDelete
  7. Enter your comment.Saya mahu mnderma ttp 4 tahun dahulu sy pnh mlakukn sex dgn 2 org dlm lain2 masa. .. bolehkh sy mnderma drh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gi check dgn yg pakar..jika negatif amknanya saudara boleh menderma darah...


      saya pun dah lama xderma darah..xda masa...tp seronok bila derma darah..rasa berkorba2 je klu npk org derma darah..bila dah selesai derma darah rasa mcm superhero pulak..hahaha

      Delete
    2. gi check dgn yg pakar..jika negatif amknanya saudara boleh menderma darah...


      saya pun dah lama xderma darah..xda masa...tp seronok bila derma darah..rasa berkorba2 je klu npk org derma darah..bila dah selesai derma darah rasa mcm superhero pulak..hahaha

      Delete
  8. artikel mmg bagus tapi sayang x boleh kongsi...jadi ilmu pengetahuan ni takat ni je x dpt disebarkan pada org ramai...syabas admin anda kedekut ilmu...blok anda ni untuk apa pun x tau...maaf ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori. Blog ni sy buat zaman budak2 muda remaja lagi. Baru sedar ada pembaca. Lama dh tak update. Terima kasih atas teguran. Sy dah tukar setting. Maaf ya.

      Delete
  9. Saya baru menderma darah baru2 nie...dulu kemain takut nak dermambik darah..bila cuba sekali rasa terpanggil nak derma lg...rasa tenang je hati lepas menderma darah...rasa bersyukur dpt membantu insan lain yg memerlukan

    ReplyDelete
  10. Saya sudah menderma 60 kali dah di USM Kubang Kerian..Tapi hari ini dlm sejarah doktor muda wanita menyatakn saya tdk blh menderma pd hari ini krn katanya peratus hemoglobin saya 13.3% tdk mencapai tahap minima yg dkehendaki iaitu 13.5%. So dgn rasa kecewa saya pun baliklah tdk menderma pd hr ini. Kecewa sgt2 krn inilah kali pertama doktor yg bertugas tdk membenarkn saya menderma selama tempoh 21 tahun saya menjadi penderma sukarela....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan/cik sangat baik..sanggup memberi yang orang lain sangat sukar untuk beri..harap jangan kecewa kerana saya pon pernah disuruh pulang kerana tahab hemoglobin tak cukup..tuan/cik berehat, makan makanan berkhasiat..badan kita ni unik..ada signal yang diberi bila kita kurang sihat/zat..sebelum membantu orang lain kita kena sihat dahulu supaya pemberian kita nanti memberikan kebaikan kepada kita(penderma) dan (penerima)..staff kesihatan membuat penilaian sebegitu demi kebaikan kita juga. semoga tidak patah semangat ye..

      Delete
  11. Artikel yg bagus. Saya seorang penderma darah jenis negatif. Setiap 3 bulan akan dipanggil untuk menderma. Sekarng dah 17x menderma. Cuma baru2 ni kawan ada bagitahu, perempuan tidak elok menderma terlalu kerap, kerana dikuwatiri hemoglobin drop then ssh untuk mengandung nanti. Benarkah kenyataan beliau tersebut?

    ReplyDelete
  12. Sy dah berbelas kali gak derma..skrg gula dlm darah pun normal..uric acid pun rendah.. xd darah tnggi.. suami pun heran np sy xd penyakit..sedangkan sy gemuk dr die.. hehe..die dah ada gout ngan darh tnggi. ckup je umur leh derma smpai skrg derma.. badan pun sihat.. time ngandung dan nyusu anak smpai 2 tahun jela xderma..skrg start blik derma dah.

    ReplyDelete
  13. First time derma darah ni. Nervous tpi bila bca blog ni. Rase nk mnderma plak. Hihihi😂 thanks perkongsian

    ReplyDelete
  14. terima kasih atas entri nie..amat bermanfaat..sy baru 3x menderma..dah lama "tinggalkan" amalan murni ni...ingat nak sambung semula..moga Allah permudahkan urusan ni..yang penting nawaitu kita ya...pahala...amin ya Rabb.

    ReplyDelete
  15. Saya makan ubat anti histamine lepas tu pergi drema darah.

    ReplyDelete
  16. apa kesan die kalau derma darah waktu period

    ReplyDelete
    Replies
    1. x silap saya ketika period tahap hemoglobin rendah . boleh sebab kan pitam /sawan.

      Delete
  17. Saya penderma darah 10 tahun yg lpas...selepas kahwin saya tak menderma lg hingga anak saya 3 org sekarang.period saya tak terator sejak bujang hingga sekarang.Saya ingin mengandunglg dan
    sekarang mkn acid folic tp masih tak mengandung jgak...bolehkah saya menderma darah jika saya sekarang mkn acid folic

    ReplyDelete
  18. Bolehkah jika seseorang mkn acid folic menderma darah?

    ReplyDelete
  19. saya berniat untuk derma darah harini tapi sayangnya ketika proses menderma darah saya jadi pening dan muntah..jadi doc terpaksa hentikan proses tu..semoga lain hari saya dapat menderma lagi..

    ReplyDelete

must read~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...